Sunday, October 29, 2017

NISA*R NIGHT SERUM with SAFFRON (#NNSS)


Just launched 24 hours ago via www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery
--------------------------------------------------------------------------------------------

Can't wait every night to wear NNSS (NISA*R NIGHT SERUM with SAFFRON)
Experience it, you'll know it!
----------------------------------

November 10, 2017

Met my teenage best friend. We are ladies boss for our own cosmetic product. She said:

"You don't have any eye bag!"

Nisa Ouds:

" Don't have, because of oud!"

My friend,

"Oh"
---------------
Meetings.
Parkroyal Services Suites, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Arabian Lady:

"How old are you?"

Nisa Ouds:

"I'm 47"

She ask my age several times, and really excited wanted to see my face, my skin! That Arabian Lady still hard to believe my age. She really loves to ask many things about Nisa Ouds and NISA OUDS*R products.

Welcome to Malaysia!
---------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
14 Januari 2018

Assalamu alaikum dan salam sejahtera

Kita bercakap dalam bahasa kita yang lebih indah dan mesra! Bercakap mengenai NNSS yang kini sudah dikenali singkatan NNSS di kalangan #NisaOudsRregularcustomers yang cukup setia dengan setiap produk #NisaBeauty terutamanya. Penggemar gaharu yang mewah dan bahan organik yang alami, semulajadi.

Kini, bahan semulajadi menjadi 'trending' iaitu ikutan atau pilihan utama bagi yang mementingkan keaslian.

NISA*R NIGHT SERUM WITH SAFFRON atau NNSS adalah terlahir daripada gaharu dan Minyak Kelapa Dara yang pernah orang beli di Brazil padahal boleh di dapati dengan mudah daripada pokok kelapa tumbuh melata di bumi Malaysia. NNSS diperkayakan dengan khasiat Aloe Vera yang diketahui umum sebagai pohon penyembuh atau pohon ajaib, atau apa sahaja gelaran yang dinamakan, Kaya dengan Vitamin B12 yang paling bermanfaat untuk darah dan sel-sel tubuh badan kita. Saffron sebagai herba termahal di dunia memberi manfaat termewahnya dalam perawatan kulit terbaik. Minyak Zaitun Dara pula dipilih sebagai satu lagi bahan terbaik, pelembab terbaik yang menjanjikan kulit sihat dan cukup nutrisinya.

NNSS baik digunakan pada waktu malam ketika kulit mengalami pembaharuan sel setiap malam. Boleh juga digunakan bila-bila masa mengikut keperluan kulit anda. Merupakan produk kegemaran pencipta formula ini sendiri. Makanan kulit yang terbaik. Benar-benar istimewa dengan kebaikan gaharu yang sentiasa 'rare' dan unik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, September 21, 2017



VIRGIN NISA*R

     Sejak kecil, Nisa Ouds terbiasa dengan minyak rambut nenda yang berbau jasmin. Minyak rambut buatan bonda pula daripada santan kelapa dan daun pandan. Wangi. Harum. Sedap baunya. Kebetulan keturunan kami keduanya lambat beruban. Jadi tidak berapa kisah tentang uban. 

     VIRGIN NISA*R dicipta sebagai formula Nisa Ouds sendiri dalam menggabungkan inspirasi daripada sebelah ayah yang kenal dengan Oud atau gaharu. Dipertingkatkan penggunaan Minyak Kelapa (idea dari formula sebelah ibu) dengan memilih kelapa yang muncul pertama kali dalam sebatang pokok atau dipanggil Kelapa Dara. Disesuaikan dengan Oud atau gaharu (dalam Bahasa Melayu) yang sememangnya hanya sekali sahaja Oud diambil daripada sebatang pohon jadi amat sesuai juga dipanggil Virgin Oud. Dimewahkan dengan Virgin Argan dan Virgin Olive Oil yang sangat bermanfaat kepada kulit kepala dan rambut.

     Silalah cuba! 
"Hanya rambut sihat"
("Just beautiful hair")

www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery
Hotline: +6011.2557.6371
WhatsApp: +6011.3831.4771


     Cara penggunaan VIRGIN NISA*R: Sapukan pada rambut dan kulit kepala selepas mencuci dan mengeringkan rambut. Kesan bau minyak adalah berbeza bagi setiap individu. Bau semulajadi. Lembut dan segar. Sesuai untuk setiap peringkat umur dan jenis rambut samada lurus atau kerinting, rambut bermasalah atau kulit kepala kering.

     VIRGIN NISA*R Hair Care memenuhi keperluan individu yang begitu mementingkan kesihatan rambut disamping kecantikan semulajadi dengan bahan-bahan alami 100%. Bagi yang sudah terbiasa dengan 'agarwood' atau gaharu ataupun OUD pasti lebih maklum akan nilainya. Tidak hairanlah VIRGIN NISA*R mendapat permintaan daripada penggemar-penggemar gaharu seluruh dunia walaupun harganya agak tinggi.

     Kata orang Melayu, "Alah membeli menang memakai". Itulah maksudnya. Walaupun harga sesuatu barang itu mahal dan sukar diperolehi, kebaikan daripanya tidak dapat disangkal. Mahal kerana nilainya, faedahnya kepada kita.

     Akan datang VIRGIN NISA*R mengandungi haruman Jasmin daripada pati bunga Jasmin. Sesuau bagi anda yang meminati bau Jasmin.

     VIRGIN NISA*R melengkapkan rangkaian penjagaan diri dalam siri NISA BEAUTY yang begitu mewah dengan bahan-bahan asli. Tanpa sedikit pun bahan tiruan, kerana diri kita perlukan yang terbaik.

      Produk terbaru bulan hadapan, Mac 2018

      FELYSCH HAIR CREAM

Untuk anda yang lebih suka kepada krim rambut.
Info terkini sentiasa dimuat naik di instagram;
@nisa_ouds_r_perfumery
@nisa_ouds_r_perfumery2
@arrogantbynisa
@haiyi_perfumes
@felyschanour





Wednesday, September 20, 2017

FELYSCH BABY SCENT

FELYSCHA FRAGRANCE

Wangian asli untuk bayi dan anak-anak anda. Ramuan asli daripada gaharu Malaysia yang paling lembut baunya diadun dengan Kasturi Putih. Menyamai bau bayi yang tidak ada sepertinya.



Boleh di dapati dalam saiz 3ml, 6ml atau 12ml untuk jenis minyak. 5ml dalam bentuk botol semburan untuk jenis kolon.



Lawati www.instagram.com/felyschanour

www.felyscha.blogspot,my

www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery

Thursday, September 14, 2017

GAHARU SEBAGAI PENAWAR RACUN

   
    Berkata Abu Bakar Ar-Razi, "Telah berkata Ibnu Atta, ketika Nabi Adam telah memakan buah khuldi, iaitu buah yang terlarang di syurga, maka Allah telah mengusir Nabi Adam dan Hawa maka telah dijauhkan Allah S.W.T. dari diriNya kecuali pohon gaharu. Malah, pohon gaharu memberi teduhan kepada Nabi Adam A.S. Segala sesuatu menangisi Nabi Adam dan Hawa kecuali emas dan perak.

     Allah S.W.T. bertanya kepada emas dan perak: "Kenapa kamu berdua tidak menangis atas seorang kekasih yang diusir oleh kekasihnya?"

     Emas dan perak menjawab;"Wahai Tuhan kami, tidak wajar bagi kami menangisi seorang kekasih yang berbuat dosa kepada kekasihnya."

     Maka Allah S.W.T. berfirman, "Demi Kemuliaan dan KeagunganKu, akan Kumuliakan kamu berdua sebagai nilai harga kepada sesuatu, dan akan Kujadikan anak cucu Adam sebagai pelayan bagi kamu berdua.

     "Kemudian Allah S.W.T. bertanya kepada gaharu, "Kenapa engkau memberi teduhan kepada orang yang telah diusir oleh Tuhannya?"

     Pohon  Gaharu menjawab.

    "Sebagai belas kasihanku padanya."

      Maka Allah S.W.T. berfirman,

     "Demi Kemuliaan dan KeagunganKu, Aku mengazabmu di dunia dengan api. Tidak diambil manfaat daripadamu kecuali setelah engkau dibakar, kerana engkau telah melindungi orang yang telah berdosa pada Tuhanmu, di bawah Pengawasan dan PenglihatanNya."


      Banyak perkara yang dapat disimpulkan daripada sejarah pohon gaharu dari syurga sehingga kewujudannya di bumi. Pertama, pohon gaharu adalah satu-satunya barang yang berupa sebuah pohon yang menaunginya dari syurga ke bumi. Kerana belas kasihannya kepada Nabi Adam A.S., pohon gaharu telah dijatuhi hukuman dibakar di bumi untuk mendapatkan manfaatnya. Bermakna, pohon gaharu adalah sangat memberi bermanfaat kepada manusia. 

     Apabila dibakar, pohon gaharu menghasilkan minyak yang berbeza-beza gred dan nilainya. Pastinya lebih mahal daripada emas dan perak. 

     Satu manfaat yang ingin dikongsikan kali ini adalah manfaat gaharu yang boleh membuang racun di dalam badan.

     Allah S.W.T. berfirman:
     "Dan apabila aku sakit, Dialah Yang Menyembuhkanku" (Asyura: Ayat 80)

     Allah tidak menurunkan sebarang penyakit di bumi melainkan berpasangan dengan penawarnya. ini juga merupakan firman Allah yang Nisa Ouds akan cari sumbernya daripada Al Quran. (Sesungguhnya manusia itu tidak sunyi daripada penyakit lupa.)

     Minyak gaharu sukar diminum kerana kelikatannya, baunya yang wangi menusuk, dan sifatnya yang panas namun keperluannya cukup sekadar setitis untuk satu cawan air.

   Seseorang yang telah mengalami keracunan dalam tubuh badan, selagi kematian belum menjadi takdirnya, boleh diikhtiarkan dengan meminum minyak gaharu yang bercampur air, atau air wap daripada rebusan gaharu asli. (bukan kepada gaharu buatan atau yang terhasil daripada suntikan inokulan yang merupakan bahan kimia.)

     Kesan daripada meminum air yang mengandungi gaharu mengakibatkan seseorang itu membuang air dengan banyak. Namun itu adalah baik kerana racun akan keluar melalui sistem perkumuhan. Sebenarnya dengan muntah sahaja tidak mencukupi untuk mngeluarkan racun secara menyeluruh kerana racun sudah turun ke bahagian bawah tubuh iaitu usus, juga telah diserap ke dalam sistem saraf sejak berada di dalam perut lagi. Kerana itu ada di kalangan pesakit yang telah sembuh daripada keracunan masih lagi belum segar sepenuhnya kerana sebahagian racun yang masih tertinggal di dalam tubuh.

     Kebaikan gaharu adalah khazanah yang tidak ternilai yang masih tidak ramai menemuinya. Apa kata kita sama-sama menyebarkannya demi kebaikan bersama?

     JazakAllah khairan kathiro. (Kebaikan yang banyak ke atas kamu)

 
      

OUD MENJEMPUT MALAIKAT RAHMAT

Wednesday, September 13, 2017


KHASIAT MINYAK GAHARU DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

    Pernahkah anda minum minuman yang mengandungi gaharu? Samada daripada minyaknya, daunnya atau hasil suling rebusan kayu gaharu?

    Menurut kajian dari segi perubatan, gaharu mengandungi bahan anti oksidan dan anti bakteria yang tinggi. Mempunyai nilai PH 4 - 6. Terlalu besar manfaat gaharu untuk kesihatan manusia. Setitis minyak gaharu di dalam secawan kopi dapat melegakan kedinginan tubuh badan dalam cuaca yang sejuk. Pernafasan menjadi sangat baik sehingga dapat menyembuhkan penyakit asma yang kronik. Di samping itu, masalah insomnia atau sukar untuk tidur dapat dihindari secara kekal. 

     Air suling hasil daripada rebusan kayu gaharu yang ingin diambil minyaknya juga sangat bernilai tinggi yang menyumbang dalam kesihatan manusia. Selain daripada dapat memberi kesan hangat serta merta kepada tubuh badan, anda akan rasa sihat, bersemangat dan bertenaga. Jika sebelumnya mungkin anda sedang merasa sedih atau mengalami kesakitan,  rasa itu mungkin akan hilang begitu sahaja. Setakat ini belum lagi dikesan akibat buruk meminum air suling gaharu atau hasil daripada gaharu seperti teh gaharu atau minyak gaharu.

     Air suling gaharu tidak mempunyai rasa pahit berbanding teh. Seperti meminum air mineral yang sangat bersih kerana air suling gaharu terhasil daripada wap gaharu yang direbus lama. Memetik kajian daripada Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia, gaharu amat baik dalam industri kosmetik dan perubatan.

     Secara tradisi di dunia Arab, India, mahupun rumpun Melayu, meminum sedikit daripada minyak gaharu atau air suling gaharu dapat menyembuhkan sakit perut yang pelbagai seperti angin, masalah usus dan ulser, memelihara kesihatan buah pinggang, menurunkan tekana darah, mencegah penuaan, mencegah tumor dengan kandungan flavonoid yang terdapat dalam batang kayu gaharu, memelihara kesihatan kulit juga menyembuhkan pelbagai masalah kulit sehingga kepada penyakit kulit yang dikatakan memakan masa beberapa tahun untuk sembuh, mengawal kadar gula dalam darah, menguraikan racun dalam tubuh, melebarkan salur darah tersumbat sehingga dapat menyembuhkan strok, merawat penyakit saraf, menyihatkan organ dalaman tubuh badan, dan menenangkan fikiran yang menjadikannya sangat bernilai tinggi kepada pengguna yang telah mengetahui khasiatnya.

    Pasti banyak lagi kisah-kisah perkongsian bagi pengguna gaharu untuk dipaparkan pada masa akan datang. Sehingga itu, selamat bertemu lagi!

KESIHATAN ADALAH HARTA TERMAHAL BERBANDING APA JUA NILAI MATERIAL YANG KITA MILIKI. - NISA OUDS

NISABEAUTY


NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS











NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS - HEAVENLY FRUIT

Aloe vera, Aloeswood, Pomegranate,Virgin Coconut Oil, and Zam-zam Water

NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS - ROSE

Aloe vera, Aloeswood, Rose, Olive Oil, Virgin Coconut Oil, and Zam-zam Water



     NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS - HEAVENLY FRUIT dan NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS - ROSE mempunyai keistimewaan dalam penyembuhan dan memperbaiki semula pembaharuan kulit yang berlaku setiap hari.

     Target pengguna kepada kedua-dua serum ini adalah golongan yang berusia 40 tahun ke atas kerana proses semulajadi pembaharuan kulit telah merosot sehingga 50% atau dua kali lebih lambat daripada biasa. 

     Apabila mencipta serum yang terbaik dan berkesan untuk sasaran tertentu, secara tidak langsung NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS amat bermanfaat untuk semua golongan usia, terutamanya yang mementingkan penjagaan kulit yang optimum.

     NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS juga diuji kepada pesakit-pesakit kulit kronik yang mendapat rawatan di Klinik Pakar Kulit di Hospital Besar, Kuantan menjadikan tempoh penyembuhan semakin pendek dan kerosakan kulit secara kekal yang mungkin terjadi pada kulit akibat penyakit seperti 'scabies' , kudis dan ruam yang teruk, dapat dielakkan. Masalah jerawat juga dapat dibendung walau betapa teruk masalah jerawat tersebut.

    NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS mengandungi bahan-bahan semulajadi yang selamat pada kulit. Bahan pelembab terbaik yang terdapat dalam minyak zaitun ada di dalam NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS - ROSE. Aloe vera. Virgin Coconut oil atau minyak kelapa dara adalah agen penyembuhan paling berkesan bagi kulit yang cedera. Aloeswood atau gaharu sebagai anti oksidan dan anti bakteria yang tinggi, dapat memberi kesan awet muda apabila berperanan sebagai memulihkan kulit seperti sebelumnya. Pati buah delima atau Pomegranate dengan bioaktif, vitamin, mineral, kaya dengan fiber, juga menjadi makan kulit yang sangat baik. Serum mewah ini diperkayakan oleh air zam-zam yang merupakan sumber alkali yang tertinggi di dalam air.

     Kami menjemput anda untuk merasai sendiri pengalaman bersama NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS - HEAVENLY FRUIT dan NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS -ROSE. Serum yang semulajadi untuk hasil yang sempurna tanpa kesan kimia yang membahayakan kulit terutamanya dalam jangkamasa panjang. Kita memerlukan kulit yang sihat untuk selamanya.

   www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery 💓😉

Limited Edition






NISA OUDS*R PRICELIST

NISAPARFUMS 2017/ 2018


                     NISA OUDS*R PRICE LIST IN 1ML (USD)
1) FOR HER NO.1 - 5
2) FOR HER NO.2 - 5
3) FOR HER NO.3 - 5
4) UNISEX NO.4 - 6
5) UNISEX NO.5 - 6
6) UNISEX NO.6 - 6
7) FOR HIM NO.007 - 5
8) FOR HIM NO.008 - 5
9) FOR HIM NO.009 - 5
10) FELYSCH BABY SCENT - 3
11) FELYSCH BABY SCENT 2 - 3
12) NICE-SA (UNISEX) - 3
13) NICE-SA 2 (UNISEX) - 3
14) MY BOY PERFUMES BLEU - 3
15) MY BOY PERFUMES NOIR - 3
16) ICHAH 71 - 7 (WOMEN)
17) SWEET SEVENTEEN - 6 (MEN)
18) FELYSCH CANDY BABY - 3
19) KISS AND HUG - 9
20) NO WORDS (WOMEN) - 3
21) NO WORDS (MEN) - 3
22) AI'SHAH 17 (TEEN) - 3
23) NOUR FELYSCHA (BABY & KIDS) - 2.5
24) ROSE ILLUSION DROP (TEEN) - 7
25) NO WORDS N2 (WOMEN) - 3
26) NO WORDS N3 (WOMEN) -3
27) NO WORDS N2 (MEN) - 3
28) NO WORDS N3 (MEN) - 3
29) THEIF OF PERFUME (#THIEFOFPERFUME - UNISEX) - 9
30) SELAMANYA HARUM (#FRAGRANTFOREVER) - 9
31) OUD HANGAT (#HOTOUD - UNISEX) -9
32) MOTHER LOVE - 4
33) NOUR FELYSCHA 2 (BABY & KIDS) - 4
34) SELAMANYA HARUM 2 (#FRAGRANTFOREVER) - 9
35) KISS AND HUG 2 (UNISEX) - 3.5
36) WOW! (UNISEX) = 2.5
37) BEACH BREEZE (UNISEX) - 3
38) GHOST (UNISEX) - 4
39)  MESMERIZE (UNISEX) - 3.5
40) SANISAH SALAMUN EDC
41) SS 2 EDC
42) INTOXICATING EDP - 9
43) SPECTRE EDC
44) KAHFI EDP - 9
45) ROSE ILLUSION DROP EDC
46) ICHAH 71 EDC
47) GHOST 2 EDT
48) BEACH BREEZE EDC (BLUE)
49) HOT OUD (#OUDHANGAT) EDP - 9
50) CUANDO SEAS MIA EDP (UNISEX) - 10
51) NIGHT DESERT EDP (MEN) - 8
52) LOVE ME LIKE YOU DO EDP - 9
53) BEAUTIFUL MONDAY (UNISEX) EDC
54) ASRI EDP (UNISEX) - 10
55) MAN IN RED EDP - 10
56) BEDTIME ZAFAR EDC
57) TITANIUM EDP - 9
58) NOUR FELYSCHA STRAWBERRY (BABY & KIDS) - 4
59) HEART ATTACK! (UNISEX) - 10
60) REGRESA A MI (UNISEX) - 7
61) BEACH BREEZE EDP (GREEN - UNISEX) - 4
62( BEAUTY AND A BEAT EDP - 2
63) I MISS YOU (UNISEX) - 3
64) BLACK ROSE OUD EDP (MEN) - 10
65) GHOST 3 EDP (WOMEN) - 10
66) COLD NIGHT EDP (UNISEX) - 5
67) ORIGINAL SIN (UNISEX) - 10
68) HUM DIL DE CHUKE SANAM (UNISEX) - 10
69) CUDDLES (UNISEX) - 10
70) DHUHA EDC (UNISEX)
71) CATCH ME IF YOU CAN (UNISEX) - 6
72) WE DON'T TALK ANYMORE (WOMEN) - 7
73) NYSSA EDP ( WOMEN) = 3.25
74) TONIGHT (I'M LOVIN' YOU) (MEN) - 7.75
75) TAHAJJUD (LIQUID GOLD - UNISEX) - 10
76) COULD I HAVE THIS KISS FOREVER (WOMEN) - 10
77) IT;S GONNA BE ME (UNISEX) - 1
78) LOVE STORY EDP (UNISEX) - 1.5
79) IMPOSSIBLE EDP (MEN) - 6
80) FELYSCHA 7 (BABY & KIDS) - 0.5
81) TWO MINUTES (UNISEX) - 5
82) HAJJ (UNISEX) - 10
83) MY ALL (UNISEX) - 11
84) ARAFAH (UNISEX) - 6.5
85) MINA (UNISEX) - 1
86) WHEN  A MAN LOVES A WOMAN (MEN) - 1
87) LADY - 17
88) ISLANDS IN THE STREAM (UNISEX) - 8.5
89) QASAS (UNISEX) - 7
90) DAWN (UNISEX) - 5
91) HAPPY BABY BY FELYSCHA - 1
92) NISA OUDS AMBER OUD (UNISEX) - 15
93) NUJUM PAK BELALANG (MEN) - 3
94) SHOOT ME 2013 (WOMEN) - 6
95) MUSANG BERJANGGUT (MEN) - 4
96) SITI KHADEJA - Your price
97) DUCHESS 2017 - 7
98) NISA OUD AMBER OUD EDC - Your price
99) DEEP BREATH (UNISEX) - 5
100) THE PERFUME 2017 (UNISEX) - 17
101) SALDAGA 2017 (UNISEX) - 4
102) WOW! EDC - 2.5
103) FLOW (THE ZONE) 2017 (UNISEX) - 3
104) THE PERFUME 2017 EDP (UNISEX) - 1.7
105) BAU SEDAP 2017 (BABY & KIDS) EDC - 2.5
106) GULA-GULA 2017 (BABY & KIDS) EDC - 2.5
107) GENTLEMEN 2017 - 17
108) GENTLEMEN 2017 EDP - 1.7
109) SLOW DOWN 2017 EDC (UNISEX)
110) LIANA 2017 EDC (BABY & KIDS)
111) AFIQAH 2017 EDC (BABY & KIDS)
112) FADED 2017 (UNISEX) - 8
113) BRIDGE 2017 (WOMEN) - 2.25
114)  FOR HER NO.1 2017 EDC 2.5
115) ROSE AND ROSE 2017 EDC (BABY & KIDS) 2.5
116) CHAKDE SPORT 2017 EDC - 50
117) UNTIL YOU COME BACK HOME 2018 EDC - Your price
118) REJAB 2017 - NISA ROOM (AIR FRESHENER) - Your price
119) LOVE RAINING 2017 EDC (UNISEX) - Your price
120) SITI KHADEJA 2017 EDC - Your price
121) FELYSCH BABY SCENT 2017 EDC - Your price
122) FELYSCH BABY SCENT 2 2017 EDC - Your price
123) SS 2 2017 EDC - Your price
124) NOUR FELYSCHA 2 2017 EDC - Your price
125) HOT OUD (#OUDHANGAT) 2017 EDF - Your price
126) FELYSCHA ORANGE 2017 (BABY & KIDS) - 2.5
127) LADY 2017 EDP - Your price
128) FOR HER NO.1 EDP - 2.5
129) DESPACITO 2018 - 5
130) THE PERFUME 2017 EDC - Your price
131) ARROGANT 2018 - 8
132) NISA OUDS ANCIENT ROSE - 9
133) ONLY GIRL - 7


NiSA BEAUTY

1) NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS ~ HEAVENLYFRUIT 50g 50USD
2) NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS ~ ROSE 50g 50USD
3) NISA*R LIP BALM 5g 5USD
4) NISA*R LIP GLOSS 5g with SAFFRON 5USD
5) NISA*R ARGAN REGIME 20g 45USD
6) NISA*R NIGHT SERUM with SAFFRON 20g 25USD
7) NISA*R LOTION BLEU 30ml 15USD
8) NISA*R LOTION RED 30ml 15USD
9) NISA*R LOTION LOVE 30ml 15USD
10) NISA*R 10 MINUTES LEMON MASK 20g 25USD
11) NISA*R 30 SECONDS FACE WASH 10g x 4jar 7.5USD
12) NISA*R FACE SOAP BLEU 30g 17USD
13) NISA*R MOISTURIZER 30ml 19.9USD
14) VIRGIN NISA*R (Original) 20g 50USD
15) VIRGIN NISA*R (Jasmine) 20g 50USD
16) VIRGIN NISA*R (Amber) 20g 50USD
17) VIRGIN NISA*R LOVE 20g 50USD
18) NISA*R 30 SECOND FACE WASH Sweet Vanilla 5g x 2 7.5USD
19) NISA*R EARS MOISTURIZER BLEU 10g 4USD
20) NISA*R EVERYTIME SERUM with ANCIENT ROSE 20g 6USD
21) NISA*R FACE MIST 50ml 7USD
22) FELYSCH HAIR CREAM 30g 7USD
23) NISA*R BATH CREAM 100ml 27USD
24) NISA*R SCRUB HEAVENLY 100ml 35USD
25) NISA*R LIP MOIST TAIF ROSE 5g 5USD


www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery



Tuesday, September 12, 2017

GAHARU SEBAGAI PEWANGI RUANG






     Kayu gaharu atau lebih dikenali antarabangsa sebagai 'oud' iaitu kata pinjaman daripada Bahasa Arab kerana populariti oud di bumi Arab. Sehingga kini masih ramai yang mengatakan bahawa Oud banyak didapati di Mekah atau berasal dari Mekah.

     Gaharu berasal dari negara-negara beriklim Tropika dan Khatulistiwa seperti Malaysia. Berasal dari India, banyak didapati di negara-negara sekitarnya sehingga ke Indonesia. Sukarnya untuk memperolehi gaharu secara semulajadi di hutan kerana pohon gaharu kini terancam kerana harganya yang lebih tinggi daripada emas, tidak pernah mengalami kejatuhan harga melainkan sentiasa tinggi sehingga banyak kaedah dan cara dicipta untuk menanam pohon gaharu secara komersial dan menghasilkan resin yang hampir sama dengan resin asli yang terdapat di dalam pohon gaharu di hutan.

     Gaharu sebagai pewangi ruang. Gaharu dibakar untuk mendapatkan baunya untuk mewangikan ruangan atau kamar atau bilik. Kepingan gaharu dari pelbagai jenis dibakar dalam jumlah yang kecil, menghasilkan asap yang wangi yang menyamankan.Bauan gaharu yang melekat pada kayu merakam bauan lebih lama. Jika terkena pada fabrik terutamanya kain kapas dan sutera, bau gaharu bertahan sehingga seminggu atau lebih.

     Kayu gaharu yang dibakar dipanggil 'bakhoor' walau apa pun jenis atau gred kayu gaharu tersebut. Jenis kayu gaharu yang kurang mempunyai resin lebih popular dijadikan bahan bakar kerana kayu ini tidak sesuai untuk penghasilan minyak. Gred F mewakili gred terendah. Paling banyak digunakan oleh penganut Hindu dan Buddha dalam upacara sembahyang. Orang Muslim tidak menggunakannya sebagai upacara ibadah akan tetapi sebagai amalan kebiasaan mewangikan ruang terutamanya ruang ibadah dan tamu sebagai meraikan tetamu. Di Mekah, kayu gaharu dibakar 24 jam di persekitaran Makkatul Mukarramah. Adat dan kebiasaan ini semakin menular kini dalam masyarakat Melayu yang sebelum ini hanya menggunakan kayu gaharu sebagai bahan bakar mewangikan ruang, dalam upacara kematian diraja atau sebagai perubatan secara tradisional.

     Kayu gaharu sebagai pewangi ruang adalah selamat kerana terhasil daripada bahan semulajadi. Cuma, harganya sangat mahal lalu orang dapat mengenali taraf hidup atau kelas seseorang dengan  amalannya membakar kayu gaharu. Peminat-peminat bauan kayu gaharu pula ada yang memilih jenis kayu dan gred yang tertentu. Mereka sanggup datang jauh untuk melihat sendiri mutu kayu gaharu sebelum membeli untuk mengalami sendiri memilih dan melihat pelbagai jenis gaharu yang ada sebagai pilihan yang memuaskan hati.

     Di bilik-bilik spa yang eksklusif, 'hammam' atau tempat mandi di negara-negara Timur Tengah juga lebih selesa dan menyenangkan dengan bauan gaharu. Jiwa akan lebih tenang, melayang ke zaman silam, yang membawa kepada kenangan indah yang mungkin boleh berulang kembali walaupun kenangan itu sudah terlalu lama. Bauan gaharu dapat mengembalikan nostalgia lama seperti saat-saat bersama orang yang telah meninggalkan kita di dunia fana ini. Pendekata, bau gaharu seperti membuka pintu ke alam lalu yang ingin kita terokai.

     Anda juga boleh mencipta kenangan baru ketika membakar kayu gaharu. Kenangan manis itu pula akan berulang di masa hadapan ketika anda membakar jenis kayu gaharu yang sama jenisnya atau spesisnya.



www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery

Monday, September 11, 2017

NISA OUDS


     OUD atau aoud, oodh, udh dalam Bahasa Arab bermaksud gaharu dalam Bahasa Melayu atau Malaysia. Dalam bahasa lain sebagai agarwood atau aloeswood  (Bahasa Inggeris), aguru atau agar (India dan Pakistan), chen xiang (China), cham heong (Kantonis, China), tram hurong (Vietnam) dan jin koh, kyara (Jepun). Di China, Vietnam, dan Jepun dikenali sebagai kayu gaharu jenis bermutu tinggi yang akan tenggelam jika dimasukkan ke dalam air.('sinkingagarwood')


     Nisa Ouds telah mengenali gaharu sejak di alam kanak-kanak lagi, apabila ayah sering membakar kayu gaharu di dalam bilik sembahyang pada hari-hari tertentu atau setiap malam Jumaat. Ayah sangat sukakan wangi-wangian yang cukup memberinya ketenangan untuk berehat dan beribadah. Ayah juga menggunakan gaharu bagi tujuan kesihatan dan ketenteraman rumah.

     Terlalu banyak kemanfaatan gaharu untuk faedah kehidupan kita. Ada yang direkodkan dan ada juga yang diketahui secara turun-temurun, tanpa ada dicatatkan di mana-mana. Nisa Ouds akan menulis satu-persatu tentang kebaikan gaharu, mengikut pengalaman dan pengetahuan peribadi. Jumpa lagi!

www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery

Saturday, September 9, 2017

BEAUTIFUL SMILE


BEAUTIFUL SMILE 😆(SENYUMAN MANIS)






BEAUTIFUL SMILE merujuk kepada senyuman paling manis bila anda mempunyai bibir yang sihat dan cantik.

Bagaimana anda ingin mempunyai bibir cantik dan senyuman yang sangat membahagiakan? Bergantung kepada cara anda menjaga kesihatan dan kecantikan bibir anda. NISA OUDS*R mengeluarkan dua jenis produk penjagaan bibir yang begitu istimewa dan sempurna: NISA*R LIP BALM dan NISA*R LIP GLOSS.

NISA*R LIP BALM mahupun NISA*R LIP GLOSS sesuai untuk semua peringkat umur, baik untuk setiap masalah bibir, untuk anda semua. Unisex. Bentuk bekas yang kecil dan mudah dibawa. Isipadu minima seberat 5ml dan 8ml memudahkan anda membawanya ke mana sahaja.

NISA*R LIP BALM lebih pekat seperti gel. Mengandungi Oud, Olive atau minyak zaitun sebagai pelembab terbaik, Minyak Kelapa Dara dan Aloe Vera atau daun lidah buaya yang terkenal sebagai agen penyembuhan pantas, juga Air Zam-zam sebagai sumber alkali terbaik.

NISA*R LIP GLOSS sungguh istimewa dengan helaian bunga Saffron atau Za'faran kering untuk mendapatkan warna semulajadi disamping khasiatnya yang sangat tinggi sebagai herba yang paling tinggi harganya di dunia. Digandingkan pula dengan keajaiban 'liquid gold' gaharu atau Oud, Aloe Vera, Minyak Kelapa Dara dan juga Air Zam-zam.

Ucapkan selamat tinggal kepada bibir yang tidak sihat!


www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery
Sertai grup BEAUTIFUL SMILE😉 di facebook







Friday, September 8, 2017

NISA OUDS WAS LIVE VIA FACEBOOK GROUP: BEAUTIFUL SMILE





Bandar Kuantan adalah bandar yang menarik untuk dikunjungi. Bandar NISA OUDS*R 😉
Jom melawat Kuantan dan jika ada rezeki berjumpa Nisa Ouds yang telah menetap lebih 20 tahun di sini. #VisitPahang2017

Thursday, September 7, 2017

NISA OUDS*R ACTIVITIES

NISA OUDS*R


Nisa Ouds, Pembantu Peribadi, FELYSCH BABY SCENT, UCAPAN ISTIMEWA dan DUCHESS



Nisa Ouds dan Miss Kira.

     Nisa Ouds bersama pembantu peribadi yang masih muda, Cik Kira atau Miss Kira yang begitu banyak membantu dalam urusan perniagaan NISA OUDS*R. Dalam masa yang sama, Miss Kira banyak mempelajari selok-belok perniagaan atas bimbingan dan tunjuk-ajar Nisa Ouds. Seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Kuat berusaha dan berfikiran positif. Miss Kira turut sama memberi keputusan dalam beberapa perkara mudah seperti menentukan harga jual, memberi harga diskaun dan memberi pendapat dalam pemilihan bau yang sesuai di antara 132 wangian NISA OUDS*R.




 FELYSCH BABY SCENT 

     Wangian pertama Nisa Ouds untuk bayi dan kanak-kanak. Inspirasi daripada bau bayi secara semulajadi, diperbuat daripada wangian Oud atau gaharu yang paling lembut dari Malaysia, diadun dengan Vanila yang paling manis dan Kasturi Putih yang paling sedap dan halus, lembut baunya.















Ucapan khas kepada pelanggan-pelanggan NISA OUDS*R yang istimewa, bertulisan tangan daripada Nisa Ouds.

     Bagi Nisa Ouds, kesemua pelanggan NISA OUDS*R adalah istimewa. Jika ada permintaan khas untuk menulis ucapan di samping pembelian wangian NISA OUDS*R khususnya, Nisa Ouds dengan senang hati akan menawarkan ucapan-ucapan bagi meraikan sesuatu seperti perayaan, sambutan hari jadi atau ucapan istimewa kepada insan tersayang seperti isteri. Paling banyak ucapan yang menyentuh hati adalah kata-kata penghargaan penuh kasih-sayang yang tersirat dalam wangian mewah untuk isteri.


 


DUCHESS

     Duchess, kreasi yang begitu menghargai seorang wanita yang begitu hebat. Umpama seorang Duchess, yang mempunyai daya keunikan peribadi yang tersendiri. Seorang wanita yang disayangi, dihormati dan disegani bukan sahaja daripada keturunan yang terhormat, tetapi yang bijak menjaga nilai kehormatan itu sendiri. Berkepimpinan, tinggi nilai kasih-sayang sesama insan dan juga haiwan. Tahu membawa diri dan merendah diri sentiasa. Murah senyuman dan ramah. Eertinya, tidak sombong untuk didekati.
     Duchess, wangian yang tercipta daripada Oud asli dari Malaysia dan juga lemon asli. Segar dan mewah. Tahan lama dan sesuai dipakai di setiap musim.

Sunday, August 27, 2017

NISA OUDS*R INTERNATIONAL

NISAPARFUMS

NISABEAUTY

NISA OUDS TEA

SINCE 2013

www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery
www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery2
www.instagram.com/felyschanour
www.instagram.com/misskira.nisaoudsr
www.instagram.com/arrogantbynisa

Do visit our instagram 💋😉

Friday, August 18, 2017

Tips Penjagaan Kulit


Tips Penjagaan Kulit
NISA BEAUTY

NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS

Kulit sebagai organ terbesar badan kita adalah organ pertama yang menghubungkan kita dengan alam sekeliling. Kulit menyederhanakan suhu, sinar matahari dan bahan kimia berbahaya. Kulit juga menghasilkan bahan antibakteria yang boleh menghalang jangkitan serta menggalakkan pemprosesan vitamin D kepada Kalsium untuk menguatkan tulang.

Penjagaan kulit yang rutin dapat dicerminkan melalui kecantikan luaran dan juga menggambarkan status kesihatan anda. Oleh itu, menjaga kulit dan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang sihat sangat penting, kerana ini membantu kulit melakukan tugasnya dengan lebih baik dan tahan lebih lama.

Persekitaran global yang telah berubah dengan begitu drastik sejak akhir~akhir ini menjadikan wanita lebih cenderung untuk mendapatkan penjagaan kulit yang lebih berkualiti.

Beberapa tips berguna untuk anda dapatkan kulit yang sihat.

1. Setiap hari, fokus kepada tugas atau matlamat yang terpenting.

2. Ciptakan kebahagiaan dan kegembiraan.

3. Tegas dengan mengatakan tidak kepada perkara yang tidak boleh anda lakukan.

4. Bersenam. Mulakan pagi anda dengan meregangkan tubuh sambil berdiri dan menghela udara pagi.

5. Sayangi dan hargai diri anda. Bersyukur.

6. Disiplin waktu bangun dan tidur.

7. Tidur dalam suasana yang selesa, sejuk dan gelap.

8. Sentiasa pakai pakaian yang selesa dan sesuai.

9. Sentiasa selesakan diri dengan persekitaran yang harum dan wangi.

10. Sentiasa melihat kepada kesihatan kulit anda dengan memakai penjagaan kulit yang terbaik dan paling sesuai.

Monday, August 14, 2017

NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS ~ HEAVENLY FRUIT


NISA*R SKIN REPAIR 8 HOURS ~ HEAVENLY FRUIT 50ML
Keluaran terbaru, serum penjagaan kulit berdaya tinggi dalam penjagaan kulit yang sempurna daripada NISA BEAUTY.

Manfaat bahan~bahan semulajadi seperti Aloe vera Barbadensis dari sebuah Kepulauan di negara Asia, membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin B12 yang sangat baik untuk kulit dan darah. Kulit~kulit baru dapat tumbuh dengan cukup baik di samping memulihkan sebarang kecederaan kulit dalam tempoh 8 jam.

Kebaikan minyak gaharu dari bumi Malaysia dapat memulihkan kerengsaan kulit yang bermasalah. Menghilangkan rasa sakit bagi kulit yang rosak atau cedera, dengan cara yang semulajadi dan selamat. Menyumbang kepada kulit muda dan sihat.

Faedah buah delima yang berupaya sebagai makanan kulit menjadikan kulit anda segar dan lebih bermaya.

Minyak kelapa dara yang kaya dengan pelbagai khasiat turut menyumbang kepada pembangunan kulit yang sihat dan sempurna.

Air zam~zam merupakan air terbaik yang mempunyai alkali paling tinggi, dapat menghindarkan keasidan kulit yang setiap hari terdedah kepada eleman alam sekitar yang memberi kesan penuaan ketara; sinar UV dari matahari, cahaya biru dari peranti digital, pencemaran asap kenderaan, habuk dan jerebu, dan juga radiasi inframerah dari peranti pemanasan seperti dapur atau ketuhar gelombang mikro.

Adalah sangat penting menjaga kulit dalam suasana alam sekitar hari ini yang semakin berubah.

Thursday, June 8, 2017

Pilihan minyak wangi hari ini.

OUD Hangat
#HOTOUD



OUD Hangat atau HOT Oud dalam perjalanan ke Boston,  Amerika Syarikat hari ini. OUD Hangat menjadi pilihan oleh Nisa Ouds untuk pelanggan tetap ini, kerana kecenderungan dan kesukaan pelanggan ini kepada gaharu.

OUD Hangat terhasil ketika Nisa Ouds inginkan wangian daripada gaharu yang paling memberi kesan. Paling lama bertahan baunya. Terutama bagi anda yang kuat berpeluh seperti salah seorang pelanggan tetap kami yang bekerja dalam bidang penerbangan. Pelanggan kami ini juga menjadi satu cabaran dan idea baru untuk mencipta OUD Hangat yang lebih bertahan lama baunya, setelah beliau banyak mencuba wangian demi wangian keluaran NISA OUDS *R sehingga telah menjadi koleksi haruman mewahnya.

Anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman bersama OUD Hangat. (#HotOUD) Mungkin lebih serasi dengan bau tubuh anda secara semulajadi. Sedikit penggunaan sahaja sudah cukup untuk memikat sidia. 😊

Hubungi kami di talian Hotline +6011.2557.6371
Atau WhatsApp +6011.2556.8148 (Miss Kira)

www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery


Saturday, May 20, 2017

Thursday, May 18, 2017

NISA OUDS*R INTERNATIONAL



2017 adalah tahun berkembangnya perniagaan NISA OUDS*R ke U.S.A.
Bermula dengan Boston dan New York, wangian NISA OUDS*R dan kayu gaharu dari Malaysia kini Canada dan Beverly Hills.

Jika sebelum ini U.A.E dan Egypt yang lebih menyukai bauan jenis 'perfume oil' kini menjadi pilihan United States juga.

Wangian NISA OUDS*R yang berasaskan gaharu dan juga 100% gaharu, mendapat perhatian masyarakat Islam Amerika juga yang bukan Islam, yang merupakan penggemar minyak wangi. Sejak akhir~akhir ini, penjual minyak wangi dan pembuat minyak wangi atau 'perfumer' menunjukkan minat terhadap haruman asli karya Nisa Ouds dari NISA OUDS*R MALAYSIA.

NISA OUDS*R adalah wangian yang hanya boleh didapati dari NISA OUDS*R sendiri, samada melalui 'dropshiper' atau terus daripada kami.



Nisa Ouds dan Miss Kira, Pembantu Peribadi NISA OUDS*R






Layarilah www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery

Tuesday, May 16, 2017


NISA OUDS*R INTERNATIONAL

Assalamu alaikum wrh.wbr.
Hola!

My Scent Of The Day (SOTD) is BEACH BREEZE Perfume Oil. It's very soft perfume with Pandanus or Daun Pandan as base note. Asian taste. Beach lover.

New fragrance that fresh, calm and make you happy. Enjoy your day and feel the beach life!

Do visit www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery

Adios!