Tuesday, September 12, 2017

GAHARU SEBAGAI PEWANGI RUANG






     Kayu gaharu atau lebih dikenali antarabangsa sebagai 'oud' iaitu kata pinjaman daripada Bahasa Arab kerana populariti oud di bumi Arab. Sehingga kini masih ramai yang mengatakan bahawa Oud banyak didapati di Mekah atau berasal dari Mekah.

     Gaharu berasal dari negara-negara beriklim Tropika dan Khatulistiwa seperti Malaysia. Berasal dari India, banyak didapati di negara-negara sekitarnya sehingga ke Indonesia. Sukarnya untuk memperolehi gaharu secara semulajadi di hutan kerana pohon gaharu kini terancam kerana harganya yang lebih tinggi daripada emas, tidak pernah mengalami kejatuhan harga melainkan sentiasa tinggi sehingga banyak kaedah dan cara dicipta untuk menanam pohon gaharu secara komersial dan menghasilkan resin yang hampir sama dengan resin asli yang terdapat di dalam pohon gaharu di hutan.

     Gaharu sebagai pewangi ruang. Gaharu dibakar untuk mendapatkan baunya untuk mewangikan ruangan atau kamar atau bilik. Kepingan gaharu dari pelbagai jenis dibakar dalam jumlah yang kecil, menghasilkan asap yang wangi yang menyamankan.Bauan gaharu yang melekat pada kayu merakam bauan lebih lama. Jika terkena pada fabrik terutamanya kain kapas dan sutera, bau gaharu bertahan sehingga seminggu atau lebih.

     Kayu gaharu yang dibakar dipanggil 'bakhoor' walau apa pun jenis atau gred kayu gaharu tersebut. Jenis kayu gaharu yang kurang mempunyai resin lebih popular dijadikan bahan bakar kerana kayu ini tidak sesuai untuk penghasilan minyak. Gred F mewakili gred terendah. Paling banyak digunakan oleh penganut Hindu dan Buddha dalam upacara sembahyang. Orang Muslim tidak menggunakannya sebagai upacara ibadah akan tetapi sebagai amalan kebiasaan mewangikan ruang terutamanya ruang ibadah dan tamu sebagai meraikan tetamu. Di Mekah, kayu gaharu dibakar 24 jam di persekitaran Makkatul Mukarramah. Adat dan kebiasaan ini semakin menular kini dalam masyarakat Melayu yang sebelum ini hanya menggunakan kayu gaharu sebagai bahan bakar mewangikan ruang, dalam upacara kematian diraja atau sebagai perubatan secara tradisional.

     Kayu gaharu sebagai pewangi ruang adalah selamat kerana terhasil daripada bahan semulajadi. Cuma, harganya sangat mahal lalu orang dapat mengenali taraf hidup atau kelas seseorang dengan  amalannya membakar kayu gaharu. Peminat-peminat bauan kayu gaharu pula ada yang memilih jenis kayu dan gred yang tertentu. Mereka sanggup datang jauh untuk melihat sendiri mutu kayu gaharu sebelum membeli untuk mengalami sendiri memilih dan melihat pelbagai jenis gaharu yang ada sebagai pilihan yang memuaskan hati.

     Di bilik-bilik spa yang eksklusif, 'hammam' atau tempat mandi di negara-negara Timur Tengah juga lebih selesa dan menyenangkan dengan bauan gaharu. Jiwa akan lebih tenang, melayang ke zaman silam, yang membawa kepada kenangan indah yang mungkin boleh berulang kembali walaupun kenangan itu sudah terlalu lama. Bauan gaharu dapat mengembalikan nostalgia lama seperti saat-saat bersama orang yang telah meninggalkan kita di dunia fana ini. Pendekata, bau gaharu seperti membuka pintu ke alam lalu yang ingin kita terokai.

     Anda juga boleh mencipta kenangan baru ketika membakar kayu gaharu. Kenangan manis itu pula akan berulang di masa hadapan ketika anda membakar jenis kayu gaharu yang sama jenisnya atau spesisnya.



www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery

No comments:

Post a Comment