Wednesday, September 13, 2017


KHASIAT MINYAK GAHARU DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

    Pernahkah anda minum minuman yang mengandungi gaharu? Samada daripada minyaknya, daunnya atau hasil suling rebusan kayu gaharu?

    Menurut kajian dari segi perubatan, gaharu mengandungi bahan anti oksidan dan anti bakteria yang tinggi. Mempunyai nilai PH 4 - 6. Terlalu besar manfaat gaharu untuk kesihatan manusia. Setitis minyak gaharu di dalam secawan kopi dapat melegakan kedinginan tubuh badan dalam cuaca yang sejuk. Pernafasan menjadi sangat baik sehingga dapat menyembuhkan penyakit asma yang kronik. Di samping itu, masalah insomnia atau sukar untuk tidur dapat dihindari secara kekal. 

     Air suling hasil daripada rebusan kayu gaharu yang ingin diambil minyaknya juga sangat bernilai tinggi yang menyumbang dalam kesihatan manusia. Selain daripada dapat memberi kesan hangat serta merta kepada tubuh badan, anda akan rasa sihat, bersemangat dan bertenaga. Jika sebelumnya mungkin anda sedang merasa sedih atau mengalami kesakitan,  rasa itu mungkin akan hilang begitu sahaja. Setakat ini belum lagi dikesan akibat buruk meminum air suling gaharu atau hasil daripada gaharu seperti teh gaharu atau minyak gaharu.

     Air suling gaharu tidak mempunyai rasa pahit berbanding teh. Seperti meminum air mineral yang sangat bersih kerana air suling gaharu terhasil daripada wap gaharu yang direbus lama. Memetik kajian daripada Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia, gaharu amat baik dalam industri kosmetik dan perubatan.

     Secara tradisi di dunia Arab, India, mahupun rumpun Melayu, meminum sedikit daripada minyak gaharu atau air suling gaharu dapat menyembuhkan sakit perut yang pelbagai seperti angin, masalah usus dan ulser, memelihara kesihatan buah pinggang, menurunkan tekana darah, mencegah penuaan, mencegah tumor dengan kandungan flavonoid yang terdapat dalam batang kayu gaharu, memelihara kesihatan kulit juga menyembuhkan pelbagai masalah kulit sehingga kepada penyakit kulit yang dikatakan memakan masa beberapa tahun untuk sembuh, mengawal kadar gula dalam darah, menguraikan racun dalam tubuh, melebarkan salur darah tersumbat sehingga dapat menyembuhkan strok, merawat penyakit saraf, menyihatkan organ dalaman tubuh badan, dan menenangkan fikiran yang menjadikannya sangat bernilai tinggi kepada pengguna yang telah mengetahui khasiatnya.

    Pasti banyak lagi kisah-kisah perkongsian bagi pengguna gaharu untuk dipaparkan pada masa akan datang. Sehingga itu, selamat bertemu lagi!

KESIHATAN ADALAH HARTA TERMAHAL BERBANDING APA JUA NILAI MATERIAL YANG KITA MILIKI. - NISA OUDS

No comments:

Post a Comment