Thursday, September 14, 2017

GAHARU SEBAGAI PENAWAR RACUN

   
    Berkata Abu Bakar Ar-Razi, "Telah berkata Ibnu Atta, ketika Nabi Adam telah memakan buah khuldi, iaitu buah yang terlarang di syurga, maka Allah telah mengusir Nabi Adam dan Hawa maka telah dijauhkan Allah S.W.T. dari diriNya kecuali pohon gaharu. Malah, pohon gaharu memberi teduhan kepada Nabi Adam A.S. Segala sesuatu menangisi Nabi Adam dan Hawa kecuali emas dan perak.

     Allah S.W.T. bertanya kepada emas dan perak: "Kenapa kamu berdua tidak menangis atas seorang kekasih yang diusir oleh kekasihnya?"

     Emas dan perak menjawab;"Wahai Tuhan kami, tidak wajar bagi kami menangisi seorang kekasih yang berbuat dosa kepada kekasihnya."

     Maka Allah S.W.T. berfirman, "Demi Kemuliaan dan KeagunganKu, akan Kumuliakan kamu berdua sebagai nilai harga kepada sesuatu, dan akan Kujadikan anak cucu Adam sebagai pelayan bagi kamu berdua.

     "Kemudian Allah S.W.T. bertanya kepada gaharu, "Kenapa engkau memberi teduhan kepada orang yang telah diusir oleh Tuhannya?"

     Pohon  Gaharu menjawab.

    "Sebagai belas kasihanku padanya."

      Maka Allah S.W.T. berfirman,

     "Demi Kemuliaan dan KeagunganKu, Aku mengazabmu di dunia dengan api. Tidak diambil manfaat daripadamu kecuali setelah engkau dibakar, kerana engkau telah melindungi orang yang telah berdosa pada Tuhanmu, di bawah Pengawasan dan PenglihatanNya."


      Banyak perkara yang dapat disimpulkan daripada sejarah pohon gaharu dari syurga sehingga kewujudannya di bumi. Pertama, pohon gaharu adalah satu-satunya barang yang berupa sebuah pohon yang menaunginya dari syurga ke bumi. Kerana belas kasihannya kepada Nabi Adam A.S., pohon gaharu telah dijatuhi hukuman dibakar di bumi untuk mendapatkan manfaatnya. Bermakna, pohon gaharu adalah sangat memberi bermanfaat kepada manusia. 

     Apabila dibakar, pohon gaharu menghasilkan minyak yang berbeza-beza gred dan nilainya. Pastinya lebih mahal daripada emas dan perak. 

     Satu manfaat yang ingin dikongsikan kali ini adalah manfaat gaharu yang boleh membuang racun di dalam badan.

     Allah S.W.T. berfirman:
     "Dan apabila aku sakit, Dialah Yang Menyembuhkanku" (Asyura: Ayat 80)

     Allah tidak menurunkan sebarang penyakit di bumi melainkan berpasangan dengan penawarnya. ini juga merupakan firman Allah yang Nisa Ouds akan cari sumbernya daripada Al Quran. (Sesungguhnya manusia itu tidak sunyi daripada penyakit lupa.)

     Minyak gaharu sukar diminum kerana kelikatannya, baunya yang wangi menusuk, dan sifatnya yang panas namun keperluannya cukup sekadar setitis untuk satu cawan air.

   Seseorang yang telah mengalami keracunan dalam tubuh badan, selagi kematian belum menjadi takdirnya, boleh diikhtiarkan dengan meminum minyak gaharu yang bercampur air, atau air wap daripada rebusan gaharu asli. (bukan kepada gaharu buatan atau yang terhasil daripada suntikan inokulan yang merupakan bahan kimia.)

     Kesan daripada meminum air yang mengandungi gaharu mengakibatkan seseorang itu membuang air dengan banyak. Namun itu adalah baik kerana racun akan keluar melalui sistem perkumuhan. Sebenarnya dengan muntah sahaja tidak mencukupi untuk mngeluarkan racun secara menyeluruh kerana racun sudah turun ke bahagian bawah tubuh iaitu usus, juga telah diserap ke dalam sistem saraf sejak berada di dalam perut lagi. Kerana itu ada di kalangan pesakit yang telah sembuh daripada keracunan masih lagi belum segar sepenuhnya kerana sebahagian racun yang masih tertinggal di dalam tubuh.

     Kebaikan gaharu adalah khazanah yang tidak ternilai yang masih tidak ramai menemuinya. Apa kata kita sama-sama menyebarkannya demi kebaikan bersama?

     JazakAllah khairan kathiro. (Kebaikan yang banyak ke atas kamu)

 
      

No comments:

Post a Comment