Monday, September 11, 2017

NISA OUDS


     OUD atau aoud, oodh, udh dalam Bahasa Arab bermaksud gaharu dalam Bahasa Melayu atau Malaysia. Dalam bahasa lain sebagai agarwood atau aloeswood  (Bahasa Inggeris), aguru atau agar (India dan Pakistan), chen xiang (China), cham heong (Kantonis, China), tram hurong (Vietnam) dan jin koh, kyara (Jepun). Di China, Vietnam, dan Jepun dikenali sebagai kayu gaharu jenis bermutu tinggi yang akan tenggelam jika dimasukkan ke dalam air.('sinkingagarwood')


     Nisa Ouds telah mengenali gaharu sejak di alam kanak-kanak lagi, apabila ayah sering membakar kayu gaharu di dalam bilik sembahyang pada hari-hari tertentu atau setiap malam Jumaat. Ayah sangat sukakan wangi-wangian yang cukup memberinya ketenangan untuk berehat dan beribadah. Ayah juga menggunakan gaharu bagi tujuan kesihatan dan ketenteraman rumah.

     Terlalu banyak kemanfaatan gaharu untuk faedah kehidupan kita. Ada yang direkodkan dan ada juga yang diketahui secara turun-temurun, tanpa ada dicatatkan di mana-mana. Nisa Ouds akan menulis satu-persatu tentang kebaikan gaharu, mengikut pengalaman dan pengetahuan peribadi. Jumpa lagi!

www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery

No comments:

Post a Comment