Thursday, September 7, 2017

NISA OUDS*R ACTIVITIES

NISA OUDS*R


Nisa Ouds, Pembantu Peribadi, FELYSCH BABY SCENT, UCAPAN ISTIMEWA dan DUCHESS



Nisa Ouds dan Miss Kira.

     Nisa Ouds bersama pembantu peribadi yang masih muda, Cik Kira atau Miss Kira yang begitu banyak membantu dalam urusan perniagaan NISA OUDS*R. Dalam masa yang sama, Miss Kira banyak mempelajari selok-belok perniagaan atas bimbingan dan tunjuk-ajar Nisa Ouds. Seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Kuat berusaha dan berfikiran positif. Miss Kira turut sama memberi keputusan dalam beberapa perkara mudah seperti menentukan harga jual, memberi harga diskaun dan memberi pendapat dalam pemilihan bau yang sesuai di antara 132 wangian NISA OUDS*R.




 FELYSCH BABY SCENT 

     Wangian pertama Nisa Ouds untuk bayi dan kanak-kanak. Inspirasi daripada bau bayi secara semulajadi, diperbuat daripada wangian Oud atau gaharu yang paling lembut dari Malaysia, diadun dengan Vanila yang paling manis dan Kasturi Putih yang paling sedap dan halus, lembut baunya.















Ucapan khas kepada pelanggan-pelanggan NISA OUDS*R yang istimewa, bertulisan tangan daripada Nisa Ouds.

     Bagi Nisa Ouds, kesemua pelanggan NISA OUDS*R adalah istimewa. Jika ada permintaan khas untuk menulis ucapan di samping pembelian wangian NISA OUDS*R khususnya, Nisa Ouds dengan senang hati akan menawarkan ucapan-ucapan bagi meraikan sesuatu seperti perayaan, sambutan hari jadi atau ucapan istimewa kepada insan tersayang seperti isteri. Paling banyak ucapan yang menyentuh hati adalah kata-kata penghargaan penuh kasih-sayang yang tersirat dalam wangian mewah untuk isteri.


 


DUCHESS

     Duchess, kreasi yang begitu menghargai seorang wanita yang begitu hebat. Umpama seorang Duchess, yang mempunyai daya keunikan peribadi yang tersendiri. Seorang wanita yang disayangi, dihormati dan disegani bukan sahaja daripada keturunan yang terhormat, tetapi yang bijak menjaga nilai kehormatan itu sendiri. Berkepimpinan, tinggi nilai kasih-sayang sesama insan dan juga haiwan. Tahu membawa diri dan merendah diri sentiasa. Murah senyuman dan ramah. Eertinya, tidak sombong untuk didekati.
     Duchess, wangian yang tercipta daripada Oud asli dari Malaysia dan juga lemon asli. Segar dan mewah. Tahan lama dan sesuai dipakai di setiap musim.

No comments:

Post a Comment